Saturday, January 29, 2005

------- jangan berhenti mencintai ku -------

* bersiaran secara langsung dr sebuah cyber cafe di Komplek PKNS
Shah Alam *

cinta ????
gulp !!!

pewittttt....topik best nie !

nampaknya,mendung kelabu telah berlalu.aku tersenyum kembali.malah,senyuman ku kali ini,lebey bersimpul-simpul dr biasa.hidup kembali bererti.

i love myself...really love !

thks Allah !!!

terima kasih jua pada diri yg memberi peluang utk menjadi diri sendiri semula.

tiada siapa yg lebey berjasa kali ini,kecuali diri aku sendirik.atau,tanpa pengetahuan ku...mungkin ini berkat doa dr ibu,kaum keluarga serta kawan2 yg membaca posting ini.

aku amat-amat suka akan perubahan ini.

10 markah utk diri ku !
aku berjaya !
aku berjaya !
aku berjaya !
tidak perlu pulut kuning,
tidak perlu karpet merah,
tidak perlu segala2nya.

aku kembali menyayangi diri ku,keluarga ku dan yg lebey penting ibu ku.

urgggghhhhh !!! bagaimana aku boleh gila seperti itu ? sesuatu yg tidak mungkin di terima fikiran.cukup2 memalukan.mana letaknya akal ku masa itu ?

bodoh ! terlalu memikirkan diri sendiri ! gila ! kepala otak berjambul sungguh !

cuma satu ketakutan ku,masih adakah ruang utk ku di terima semula oleh keluarga ? adakah mereka cuma berlakon ? adakah mereka hanya simpati pada ku ? adakah mereka berbaik-baik pd ku kerana pujukan ibu ?

jawapan ada pd mereka dan aku tidak perlu tau apakah jawapan mereka.aku rasa,sebegitu lebey baik dr memikirkan sesuatu yg tidak pasti,yg mungkin tidak benar.yg mungkin cuma akan menjadi racun dlm diri ku.

mereka sepatutnya menerima aku seadanya seperti mana aku menerima mereka seadanya.tidakkah begitu lebey baik ?

utk ibu dan keluarga...janganlah berhenti mencintai ku kerana,aku tidak pernah..wlu sesaat ... berhenti dr mencintai kalian.

Allah,terima kasih kerana menerbitkan cinta yg tiada penghujungnya buat kami sekeluarga....terima kasih Allah !! terima kasih !!





No comments: