Friday, February 04, 2005

suci dalam debu

siapa yg tak minat lagu nie ??? aku rase,berlambak-lambak org kat malaysia nie yg suka/tahu/minat kat lagu nie.syahdu beb.personally,lagu nie takde aper2 history.akak aku ader ler kot..sbb masa zaman dia cintan cintun dgn abg ipar aku tuhh...nie ler lagu tema cinta depa.siap rekod dlm 1 tape...penuh dgn lagu nie.lepas lagu nie,lagu nie lagi..dah abis..lagu nie lagi.dr aku tak lancar...dah naik lancar seterusnya jd favourite.siap jd soundtrack dlm mimpi aku lg wehhhhh....fuhhh....sampai mcm tuh skali ! betul2 akak aku dera batiniah aku masa tuh.nasib dia jadik gaks kawin dgn kekasih pojaan ati dia tuh,klu idak,siaplah !!!!
-----------------------------------------------------------------------------


Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Ku harap engkau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta
Lautan berapi pastia kan ku renang jua
( Lagu : Wan Zul - Lirik : S. Amin Shahab )

--------------------------------------------------------------
teringat plak penyanyi kumpulan nie,saper ker dia..alah mamat tuh...yg pernah terlibat dgn dadah [well,tau that story kan ? takmo citer lg lerrr...].pesan aku,kat sesaper jer..termasuk diri aku sendirik,jgn ler di sentuh dadah-dadah nie.wat abis RM jer,badan pun tak berguna lagi.skali dah kena,susah nak buang wehhhh.

itu ler,dulu org suh blajar pandai-pandai jd doktor tak mau..last2 jd drug addict.bkn setakat tak berguna utk diri sendirik,family pun frust.silap-silap,HIV pun dpt.ada kisah jiran kat kpg yg jd drug addict nie,dah meninggal sbb AIDS.dia ada wife dan anak.kan ker menyusahkan tuh.family yg masih idup yg dpt malu.klu takleh pikir utk diri sendiri,pikir ler utk org-org yg rapat atau org yg kita sayg.

but,pd sapa yg dah/nak berubah..teruskan niat anda.utk org-org sekeliling,jgn sisihkan depa nie.beri depa peluang.malah dlm kebanyakkan kes penagih berulang ialah di sebabkan takde org support malah di pandang hina lagi.yuppp...depa mmg pernah wat mistake but give them chances to change.

senang kata,baik toksah sentuh langsung even dgn nawaitu nak mencoba.....kerana dgn hasrat nak mencoba tuh ler,anda ada potensi utk menjadi permanent drug addict.

sayangi diri sendiri,keluarga serta ingat Tuhan selalu.harap-harap,aku serta keluarga dan sanak saudara dan kawan-kawan di lindungi dgn payung Ar Rahim !



2 comments:

Anonymous said...

too funny. It's too bad I don't speak Malay that way. I wish I did though. Zaman cintan cintun dgn abang ipar. *laugh*

Funny Funny person you.

X

Anonymous said...

org 'pandai' mana ler yg komen kat blog aku nie.syoh...syoh..syoh..bla ler lu lalat,buat selekeh jer kat tmpt aku nie !