Tuesday, April 05, 2005

luka dan di lukai

hidup aku,masih begini.tiada apa-apa yg istimewa.

last week,blk kpg.pun tiada apa-apa yg istimewa.
masing-masing sibuk krn kenduri kendara.

sudah hampir 2 bln,aku di ganggu.hidup serba tidak kena.mungkin nyawa tinggal di hujung rambut.betapa aku di perlekehkan hanya krn aku seorg wanita;krn aku tinggal seorang.

alkisah,kwn lama..yg pernah sama2 bercinta monyet semasa zaman sekolah.dan kini,dia hampir2 bertunang bersama kwn baik ku sendiri.dan lelaki inilah,yg sering mengacau ketenteraman hidup aku.lantas,ada yg menuding ke arah aku bahawa aku ingin merampas kebahagiaan sahabat baik ini,krn lelaki ini ingin kembali ke pangkuan ku semula.

dlm hal begini,knp harus aku di persalahkan ? knp mesti aku yg bernama perempuan ini memikul beban bahawa aku perampas kebahagiaan kwn baik sendiri ??

walhal,akulah yg menerima tekanan hebat dr lelaki yg sudah 9 thn aku tinggalkan.setiap pg,ketika mahu ke tempat kerja..aku melihat kereta milik lelaki ini menunggu di dpn apartment.malah,pernah suatu hari kereta kakak yg aku tumpang ke office di tahan oleh lelaki ini.mujur aku tiada pd hari itu.

itu blm lg di ganggu melalui sms dan panggilan telefon.tidak kurang juga,beberapa pucuk surat.mmg bukan surat ugutan,tetapi ia tetap mengganggu ketenteraman hidup aku.kerana lelaki ini juga,aku bergaduh bersama guard apartment krn kereta lelaki ini pernah aku lihat di dlm kawasan apartment.

apa lg yg harus aku lakukan ????

slps 9 thn berlalu,slps aku di tinggalkan oleh seorang lelaki..lelaki ini kembali menagih cinta yg bersisa.tp,tiada apa utknya lg.

aku kesal,sungguh kesal..knp ada yg mengatakan aku sanggup merampas kebahagiaan sahabat aku sendiri ??? hampir tiap mlm aku menangis krn perbuatan lelaki ini.sejujurnya,tlh aku khabarkan kpd sahabat ku itu,bahawa tunangnya melayan aku begitu.

jawapannya cukup ringkas ... 'MK,aku sudah tahu dr dulu...aku cuma menunggu respon dr kau shj.andai kau mengasihi aku,kembalikan dia pd aku tp andai kau masih menyintai dia...aku redha'

jawapan ku,sama spt dulu...sama sekali tidak akan menerima lelaki yg pernah aku lepaskan.aku bersumpah,atas maruah aku sendiri..aku tidak akan melukakan hati sahabat,apatah lg sahabat seperti mu,yg aku kenal sepenuh usia ku sendiri.

dulu aku tidak percaya,ada manusia berhati emas di dunia ini..tp,kau membuktikannya pd aku.

sekrg,lelaki itu tidak mengganggu aku lg.setelah beberapa mlm encik2 polis meronda kawasan apartment.cuma yg aku khuatir,bagaimana klu dia menggunakan kereta lain pula ?? hanya Allah shj yg menjamin keselamatan ku,doakan agar ada hayat ku utk esok hari !

sahabat,aku tidak akan memulangkan kembali pengantin mu ... krn,aku tidak pernah memilikinya.cuma,pulangkan semula senyum ku yg pernah dia rampas dr aku dulu !!


Luka Di lukai

Kanan dan kiri,cuba berlari
masihku dihujani tohmah dan
caci jangan sekali,
aku di letak ke bawah
hanya kerana jalan hidup yang susah

Tak siapa di antara,
kita di dunia memilih jalan hidup yang derita
aku sering dipersenda,
dan sering dikecewa
oleh hati mereka yang tak punya rasa

inginku mengecap bahagia
padamu kasih yang menjanjikan setia
namun belum sempat ku merasa
mimpi yang dibina hatiku dah berdarah semula
kerana dustanya

Terhempas lagi,
sekian kali luka yang dilukai,
menguji diri namun begitu, aku tabahkan semangat
biar waktu mengubah segalanya......

2 comments:

Ifa Alyana said...

Hai Adikk...

Semoga terus tabah! Akak amat memahami... akak doakan semoga hidupmu akan sentiasa selamat.

its me said...

thks kak ! mcm nie ler idup kak kan,ada pasang surut....