hari nie 30.May.05.beberapa hari lg akan ke Cherating.pergi bersama rakan seopis.
sabtu lps,sempat aku ke Mid Valley..kluar juga bersama teman lama.tp hanya Jaja-anak muda warga KL ini shj yg available,yg sorang tak sempat,sibuk dgn tesis katanya.
Mid Valley sales gilo.mengigil aku.menahan nafsu yg meluap2.apatah lg,keberangkatan ke Cherating tidak lama lg menuntut aku utk membeli sesuatu.setelah hampir 2 jam mundar mandir di dlm Metrojaya,aku mengambil keputusan utk membeli produk Goggles.serba pink wehhhh....
Kemudian aku & Jaja ke Strudels - sebuah cafe yg harga air kopinya memcecah RM 10 secawan.gila btl ! suatu pembaziran yg amat2 aku rase.tak kerana Jaja merengek2 mahukan privacy,tak hingin aku ke sini.
berchatting dgn Jaja,mmg menyeronokkan.susah aku jumpe seseorg yg sptnya.mukanya cukup cun,berkulit putih merah,bersuara lemah lembut,tinggi lampai,ramping menawan dan bertudung.satu anugerah Allah yg aku rase lengkap.tp,di dlm jiwanya..tiada siapa yg tahu.betapa wanita cantik rupa dan pekerti ini kecewa dlm percintaannya.
buat Jaja :-
biar apa pun berlaku,hidup MESTI terus.
4 jam aku di Strudels,sungguh tidak menjemukan.apatah lg,bila di meja sebelah pelakon Ako Mustapa sedang bersantai bersama pacarnya.eeeee....awatlah chubby sgt si Ako tuh.gegar jantung aku,nak jer aku kluaqkan digicam dan bergambaq dgn dia.tp....control wehhh....
takde apa lg yg istimewa hujung minggu ini,kecuali...aku di ganggu lg oleh ex aku.urghhh...bilalah aku nak hidup dgn aman.atau mungkin,dia berkehendakkan nyawa aku dan kemudian barulah aku akan aman selama-lamanya.......
Azharina -Elergi Sepi
Saat mentari beradu
Rembulan pun bertemu
Hatiku menjadi sayu dalam kesamaran waktu
Mengapakah rinduku masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu sudah berlalu
Mungkinkah rasa bersalah kasih menghimpit jiwa
Kerana terlalu terleka membuatku terluka
Dikau yang begitu setia tabah hadapi segala
Namunku mencari alpa kesal akhirnya
Aku pinta kepadamu maafkanlah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku tidak mungkin akan menyatu
Apakah yang tinggal kini kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi jadi elegi sepi
Biarlah doa tulusku mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku terhadapmu
Aku pinta kepadamu maafkanlah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku tidak mungkin akan menyatu
Biarlah doa tulusku mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku terhadapmu....
* lagu ini tiada kena mengena dgn sesiapa,hanya hiburan semata-mata.