Friday, September 23, 2005

:: me & roti canai ::

takde mood nak tulih ape2 ari nie.semlm pun tdo x lena.until 3am dok t'kebil2 lg.dr aku dok t'beliak biji mata pandang syiling,last2 aku decide basuh bilik air.mmg b'kesan.abis jer cuci bilik air,trus aku zzzzz.bencananya,dah pkl 6am pun aku tak bgn2 tdo lg....liatss !

esok akan ke Johor.dgn kwn2.errrr..tak yah ler aku bgtau nama,utk m'gelakkan kontroversi.ewahhh ! cuma 1 jer yg aku frust,tak dpt tdo kat Penjara Johor Bahru.mcm yg di tulis dlm paper Utusan,aku cut & paste keratan akhbar tuh.

-----------------------------------------------------------
Seram bermalam di Penjara JB
Oleh: HASNURUL MOHAMED


JOHOR BAHRU 20 Sept. - Seram, resah dan gelisah itulah gambaran perasaan wartawan Utusan Malaysia yang menanti tamatnya tempoh 12 jam bermalam dalam sel di penjara Johor Bahru di sini malam tadi.

Terkurung dalam sel nombor 3, berukuran 1.5 meter x 3 meter, berdindingkan batu dan siling yang memberi gambaran sayup mata memandang, bukanlah satu situasi yang menyeronokkan.

Dengan tilam yang hanya setebal 2.54 sentimeter (1 inci) dan selimut tanpa bantal, lipas yang `berlari-lari anak' dan cacing yang bergerak di atas lantai simen (mungkin ekoran tidak digunakan lagi), mencetuskan satu perasaan yang menyeksakan.


Tanpa teman berbicara mahu pun alat telekomunikasi sebagai penyambung dengan dunia luar, banduan sebenar terpaksa menghabiskan bukan 12 jam terkurung di dalam sel, sebaliknya berhari-hari, malah bertahun-tahun sehingga tamat tempoh penahanan.

Bunyi pintu besi diselak menggegarkan jantung dan seluruh bangunan yang dipanggil `Bilik Akhir' di mana tiga wartawan wanita yang menyertai program itu ditempatkan untuk bermalam.

Selepas berakhirnya kunjungan rakan-rakan media lain yang ingin merakamkan detik-detik `bersejarah' dalam kehidupan 11 wartawan itu, maka bermulalah `hidup' sebagai banduan dalam kurungan penjara.

Kesunyian malam yang pekat hanya pecah dek suara cicak dan cengkerik. Ketika itulah, bau hapak menusuk ke lubang hidung.

Sukar untuk melelapkan mata kerana yang terpasang hanyalah lampu di koridor, tekak terasa begitu kering gara-gara badan berpeluh tanpa henti.

Pada masa yang sama, angin sepoi-sepoi bahasa yang `mencuri' masuk melalui pintu bilik, tidak terasa dingin. Jauh di benak fikiran, tergambar ilusi yang tidak sepatutnya hadir.

Untuk menghadapi suasana seperti itu, kekuatan mental dan psikologi amat penting supaya semangat yang ada, terus dibakar untuk melengkapkan malam di Penjara Johor Bahru.

Segala ayat al-Quran yang terlintas di fikiran, dibaca berulang kali dengan harapan dapat mengikis perasaan takut.

Lebih tiga suku malam dihabiskan dengan mata dipejamkan, tetapi bukan tidur. Jauh sekali diulit mimpi indah.

Beralaskan tuala kecil, sepasang persalinan pakaian dan kain batik yang dijadikan `bantal', gegendang telinga pula menangkap bunyi-bunyi aneh bunyi tapak kaki berjalan mengelilingi blok yang dihuni.

Bau busuk seolah-olah bau mayat reput datang dan pergi dibawa angin. Mujurlah bayangan yang tidak sepatutnya tidak muncul di depan mata.

Tanpa disedari, bersebelahan sel yang menjadi suite wartawan Utusan Malaysia, merupakan tempat hukuman gantung banduan.

Realitinya, kain tutup muka dan kepala serta tali gantung yang digunakan itu pernah digunakan Mona Fendi, bomoh yang didapati bersalah kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batu Talam, Raub, Pahang, Allahyarham Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993, diserkup ke atas patung yang lengkap berpakaian banduan!

Seksanya tinggal di dalam penjara. Tanpa tandas, tong najis berwarna hitam diperbuat khas daripada getah, lengkap bertudung, adalah tandas bergerak yang disediakan oleh pihak penjara untuk banduan.

Kehebatan tong najis itu, ia mampu menampung berat badan banduan yang duduk di atasnya!

Setong air dalam baldi berwarna merah serta bertutup dan gayung turut disediakan sekiranya perut memulas atau perlu buang air kecil. Air itu jugalah digunakan untuk mengambil wuduk.

Memang sungguh tidak selesa sekiranya terpaksa membuang segala bahan kumbahan di dalam tong najis itu.


Bayangkanlah, segala yang dilalui dalam tempoh satu malam oleh wartawan, pada hakikat sebenarnya terpaksa ditempuh banduan yang telah melakukan kesalahan.

Ketika menunggu sama ada dibebaskan atau dihukum gantung, apakah banduan itu mempunyai masa yang panjang untuk merenung kembali perbuatan yang telah mereka lakukan sehingga dipenjara begini.

Oleh itu, selagi ada kebebasan, hargailah ia kerana tinggal di dalam penjara bukanlah suatu perkara yang indah.

dr Utusan Malaysia - 21.Sept.2005
------------------------------------------------

pg td,breakfast dgn kak elly.aku mkn roti canai.roti canai sejuk.mama bosan btl.apa taknya,beli pkl 6.30am,pkl 9.30am baru mkn.thks to En Yun sbb belikan.jasa mu ku kenang hingga ke akhir hayat.plus,tahniah utk rakan sejawat - En Hairul di atas kelahiran anak ke 2.di sbbkan takde tajuk yg best,maka aku letak jer tajuk article nie 'me & roti canai'.

nota editor :-
blk nanti,pack baju & get ready ke Johor.plus,hepi besday to penulis John Norafizan.ehem2 .... hahahaha.

nota khas buat Cik Nashya (penulis novel Wajah Kekasih,dptkan di pasaran !) :-
promo gue dah buat,mennn ! bila maso laie nak belanja gue ??? ko nie,klu masuk blog aku..tak blh ker klu tak kecoh2 ? byk tul rahsia aku yg dah t'bocor.kang tak psl2 aku lg glemer dr ko.aku tunggu blog baru ko launching jerr...aku akan revenge beb !!!


2 comments:

Anonymous said...

aik, dgn kawan2 pun nak kontroversi? pelik la lu minah.

its me said...

baru tau ker ? pelik2 saya,saya berani mengaku dr letak komen tp tak tinggal id (dun wori,ramai org mcm tuh,bkn awak sorang aje !)