PUDING ROTI
Bahan-Bahan
500 ml susu sejat (evaporated milk)
500 ml susu kotak
10 butir telor
100 gram gula
1 sudu makan madu
1 sudu makan vanilla
½ cawan kismis
125 gram mentega beku di potong dadu kecil (boleh kurangkan)
Sedikit garam
1 bantal besar roti Perancis (di hiris)
1 tin kuih (di gris sekeliling dengan mentega, kemudian di alas
dengan kertas kuih, dan di sapu lagi sekeliling dengan mentega)
1 dulang pembakar yang dalam sedikit dan lebih luas/besar dari tin kuih
Cara
Pukul rata, susu, telor, gula, madu, vanilla dan garam. Rendam semua
kepingan roti sehingga kembang. Jika terdapat banyak lagi lebihan
cecair, tambah lagi roti nya dan rendam sehingga ia benar-benar
kembang dan sebati.
Atur kepingan roti di dalam tin kuih, sehingga mampat. Selitkan di
tepian roti dengan kismis, selitkan supaya ia tidak timbul. Jika
masih ada lebihan cecair, siram di sekeliling roti. Setelah itu
taburkan dengan mentega dadu.
CARA MEMBAKAR
Panaskan ketuhar 160 hingga 180. Letak tin kuih kedalam dulang
pembakar. Tuangkan air kedalam dulang pembakar, jangan tuang terlalu
penuh, setekat setengah penuh mencukupi. Kemudian masukkan kedalam
ketuhar dan bakar selama 30 minit. Setelah membakarnya 30 minit,
tutup tin kuih dengan kertas timah dan bakar lagi selama 30 minit,
sehingga ia masak. Perhatikan dulang pembakarnya, jika air nya
kurang, tambah lagi. Cara membakar ini di namakan STEAM BAKE atau
KUKUS BAKAR.
Jika selepas 1 jam, puddingnya tidak begitu garing di atas,
keluarkan kertas timahnya, dan bakar beberapa minit lagi, supaya
bahagian atas nya garing sedikit. Setelah puddingnya masak,
keluarkan dari ketuhar, dan biarkan ia benar-benar sejuk, baru boleh
di potong.
Sesuai sekali di hidangkan untuk minum teh petang. Jika ada lebihan,
simpan sahaja di dalam peti sejuk.
nota editor :
resepi nie gue dpt since April,tp sampai la nie pun tak cuba2 lg.nampak simple.lately nie,aku rase rajin banget nak memasak,tp.......tatau nak masak aper.errrr,aku nie,tatau masak sebenornyer.muehehehe.lom t'lewat nak blajar kan ? slmt m'cuba utk diri aku.
~ resepi ehsan dr Kak Mas,tho' che
2 comments:
blum terlambat lagi..cepat2 lerr blaja masak, MK... nnt bakal suami laaaagi sayang..
iyer ker gitu ? blk kang jugak saya buat ! hahahahaha...
Post a Comment