Tuesday, April 26, 2005

bye !

ini akan menjadi posting terakhir sebelum aku pulang ke kpg.

td,semasa morning meeting...hari terakhir meeting seblm aku bercuti pjg,sejelepok isu melepek dpn muka aku.rase nak pitam biler bos aku ckp,aku tak pandai manage staff2 aku.

"ini masa awak ada jd mcm nie,klu awak dah bercuti nanti..ntah apa akan jd"

statement yg betul2 menguji kredibiliti aku.

kdg2,aku heran ngaper ader certain2 people yg cannot work with minimal supervise.bos ader ker,takde ker..wat jer ler kj.

susah btl depa nie,dah ler tua dr aku.at the end,bkn depa yg kena,PIC ler yg kena tempelak dek management.

aku rase,dah berbuih2..dah mcm2 menda yg aku buat suh depa tuh 'betul' sket.tp...gitu gaks.ada gaks progress,tp biase ler..kejap jer.dah lama sket,mula mcm dulu blk.

bos pun bley tahan,tang problem nie dah ok..dia pi carik mistake lain plak.ada jer yg tak kena.tp,klu depa yg punye problem...tak admit plak.abis nak wat mcmaner,aku nie timun jerr....btl mcmaner pung,siape ler aku.

yg penting,aku kena stick focus dgn kj aku..hal2 lain,tolak tepi.

start dr semlm,aku berkerja 150% lebey kuat dr hari2 biase.almost 2 page report yg bersaiz A3 berjaya aku siapkan.wlupun ikut kapasiti sebenar,aku sepatutnya kena buat dlm masa seminggu menda2 tuh.nak cuti punye psl,terpaksa ler aku buat awal.

pg nie,ada lg report2 yg kena settle.pening.semlm blk lambat,ari nie dah tentu lambat jugak.letak kepala atas bantal..terus hanyut.MD baru nak dtg,kuli mcm aku nie yg mcm nak hilang nyawa siapkan presentation.btl2 menguji 'business writing skill' aku ! * satu2nya skill yg aku rase aku paling pro dlm dept aku nie* sajer jer ler tulih gini,syok sendirik..motivasi beb !!

dah nie rezeki aku,buat jer ler....

buat bos-bos,
buat kwn-kwn,
buat staff-staff,
aku akan pulang ke kpg...tinggallah hangpa kat opis yerrrr.....

buat sepupu,
buat jiran-jiran,
buat pekerja kedai makan yg aku selalu singgah,
tinggallah korang yerr..aku takde kat lembah klang niee.....

pohon nyiur melambai2 menanti kepulangan aku ..........




Monday, April 25, 2005

Langkah - Langkah Yang Layu

Date:Thu, 21 Apr 2005 21:03:37 -0700 (PDT)
Subject:[Relexjap] Celoteh MK - Langkah - Langkah Yang Layu uR>



aku tersenyum,bila melihat sepasang kaki ku - kaki kiri dan kaki kanan.dulu,kata mak,dlm banyak-banyak anggota tubuh ku,dia paling suka melihat kaki ku.dulu kaki ini,cukup comel.cuma sebesar dua jarinya shj.apatah lagi jika melihat jari-jari kaki yg kecil.

setelah lebih 25thn berlalu,kaki ini semakin besar dan telah melangkah ke banyak tempat.kaki ini juga kini,bermastautin di lembah klang,mmg tidak sejauh mana.tapi hati ibu tua sering risau akan sepasang kaki ini.

takut-takut kalau,kaki ini melangkah ke tempat yg salah.kalau-kalau tersadung.

aku - pemilik kaki ini,sering berjanji.sama sekali akan mengawal pergerakkan sepasang kaki ini.ia cuma akan di gerakkan ke tempat yg bermanfaat dan sepatutnya.


di hujung talian,aku terdengar suara ibu :

'kenapa ?'

aku cuma senyap.tidak berkata apa-apa.

'rindu'
jawap ku ringkas.

keadaan kembali senyap.

'gerakkan sepasang kaki milik mu itu,lalu kembalilah ke kampung ini.kau tentu sudah lama tidak dpt tidur dgn aman dan lena.jika tidak,pasti kau tidak sekekok begini'

senyap.

'taklah ! adik cuma nak telefon.kdg-kdg tidak perlu ada sebab knp kita nak bercakap dgn seseorang tuh .... '

cepat benar ibu tua ini dpt meneka.

'pulanglah,jawapannya ada di sini'


bagaimanalah jika suatu hari nanti aku kehilangan ibu tua ini ? pada siapalah aku hendak bergantung harap.aku tiada jawapan utk itu.

* adakah perasaan spt ini yg akan aku alami kelak ? adakah ia suatu perasaan yg indah atau gundah ?

sepasang kaki ini,sebenarnya tidak mampu lagi utk terus melangkah.ia melangkah juga,tp temponya bercelaru.ia terlalu menurutkan hati mudanya.nasiblah kaki ini di pandu oleh akal,jika tidak,tentu ia telah tersadung lalu tidak dpt berdiri malah melangkah kembali.

aku masih mampu melangkah,walau tidak segah dulu.



Saturday, April 23, 2005

hanya aku

kdg-kdg,jika sesuatu yg menyakitkan berlaku..wlupun ia sudah lama terjadi,kalau di ingat semula..ia tetap memedihkan.

apatah lg,
jika ia melibatkan hati dan perasaan.
jika ia melibatkan org yg kita percaya dan sayang.
keluarga,pasangan dan sahabat.

karier ? emmm....politik dlm kerja aku akur akan coraknya.so,tak payah nak fikir pjg2 pasal karier.asalkan beri yg terbaik dan tidak dpt pulangan yg tidak setimpal..tak apalah.aku puas dgn rezeki yg Dia kurniakan,namun jika ini shj yg di kurniakan utk aku,aku redha.aku pasti,caturanNya mmg tepat sekali.andai aku tidak senang di sini,insya`Allah,aku mewah di sana kelak.

siapa-siapa sahaja yg pernah memedihkan hati aku;yg pernah membuat jiwa terusik;yg pernah membuat hati terluka;yg pernah membuat air mata menitis....mereka tetap dlm kenangan.

persahabatan yg berjaya ialah di mana seorang sahabat berkongsi suka duka dlm kehidupannya.cuba memberikan yg terbaik mahupun ia hanya sekelumit usaha yg mungkin tidak mendatangkan apa-apa oleh org lain.

namun kdg2,persahabatan yg sebenarnya telah berjaya runtuh secara tiba2.mungkin krn pergeseran pendapat,salah faham atau tiada lg persefahaman.

permusuhan pun berlaku.

tp percayalah,andai sesiapa shj yg tidak mahu lg aku menjadi temannya..segala rahsia,segala cerita mahupun apa jua yg pernah di kongsi bersama tetap akan aku simpan.malah ia akan di seal selama-lamanya.

bg aku,yg berlalu..biarkan berlalu.apa yg pernah aku tahu..itu suatu amanat dan bukan senjata utk bangkit membalas semula serangan.

urgghhh...bkn aku suka utk memutuskan hubungan,tp jika ia terjadi tanpa kerelaan aku,apa blh aku buat.jika ia memuaskan hati semua pihak..terserahlah pada keadaan.benar,mmg menyeksakan jika masih menyimpan seseorang yg menyakitkan hati..tp,adakah tergamak utk memutuskan silaturrahim ? tepuk dada,tanya iman.


sekarang,aku akui..ada teman yg menyesakkan dada..tp,aku biarkan shj keadaan itu berlaku.aku tahu,aku dan dia..ada situasi tegang yg kdg2 memualkan.

knp aku tidak sanggup utk meninggalkan dia ? krn...bila aku ingatkan kenangan2 pahit dan manis bersama.masakan aku mahu membenci dia yg pernah aku kongsi segala perasaan dulu ? jika dia tergamak melakukannya kpd aku,tak apalah...tp jika manusia itu bernama aku...biar pedih mana pun perasaan aku ini,aku tak kisah...krn,saat2 bersama itu lebih dr segala-galanya !!!

Allah,hanya pd Mu aku berserah.peliharalah iman dan hati ku.andai jika ku terpesong,Kau berikanlah petunjuk semula.hidup ini,tidak tahu bila noktahnya.mungkin esok,atau sesaat lg.

dasarnya,aku mmg petah berbicara..tp,hati ini sebaliknya.ia bkn seperti bibir yg mudah utk berbicara apa-apa shj......hanya aku yg tahu apa yg di rasa.


* cehhhh..tak geeerekkkkkkkk ler aku nie ! tiber2 sentimental plak !!!

Friday, April 22, 2005

apa akan aku lakukan,jika aku di tinggalkan

berat btl tajuk subjek kali nie....pehhhh,tp tuh ler yg sedang bermain-main dlm kepala otak aku nie !

apa yg akan aku lakukan,jika aku di tinggalkan ????

jawapannya masih samar-samar...

kata aku :
.. andai aku menerima seorang lelaki yg merupakan lelaki idamannya .. bagaimana hubungan aku dgn dia kelak ???

kata dia :
akan dia melupakan aku dan persahabatan yg di bina

??????

remuk hati aku.kecewa dan keliru.pertanyaan yg tidak bermaksud dan lebih kpd andai itu telah menjerat diri aku sendiri.

sebagai manusia,tambah pula seorang gadis yg belum memasuki naluri seorang wanita,hati ini amat2 tersentuh.lalu,linangan air mata adalah jawapan yg pasti.

aku pasrah.

andai beginilah salah satu 'cara' pelengkap kehidupan,aku redha.agar ia menjadikan aku manusia yg lebih dewasa kelak.

aku pernah meninggalkan seorang kekasih;
aku pernah di tinggalkan seorang kekasih;
tp..aku tidak pernah di tinggalkan oleh seorang sahabat ...

apa yg akan aku lakukan,jika aku di tinggalkan kelak ???

aku tiada jawapannya .......,
sehingga esok hari.....................

Wednesday, April 20, 2005

i'm back

terima kasih daun keladi ler pada saper yg visit blog aku.takde aper yg istimewanyer pun blog aku nie.mcmaner korang tgk blog yg simple nie,mcm tuh gaks ler aku nie..simple sokmo.

cerita soal hati ... urghhh..dah berlalu kot.

sekarang aku ok dah.dah nak balik rumah sendirik.
* pd kwn2,terima kasih krn sudi menumpangkan manusia bermasalah ini bernomad di rumah anda kebelakangan nie.juga,terima kasih krn sudi mendengar kisah warna-warni kehidupan aku.

rindu btl kat anak saudara aku - Mohd Hafizi di Kinrara.bilalah aku nak ke sana yerrr...time dah normal gini,aku mula ler dok teringatkan org2 di sekeliling aku.bila tgh tak btl,aku dok pk diri aku jerrrrrr.....huhuhuhu...

maybe next week kot aku pg sana.tp,next week punye byk agenda.

- dinner di Holiday Villa
- course di Shah Alam
- course di Hotel Singgahsana

tp,
out station yg paling best ialah :-
blk kpg hujung minggu tuhhh.akan aku snap gambaq mak,motor Honda kap,pasu bunga mak aku dan gambar anak-anak sedara aku yg comot dan kopam tuh dgn digicam baru aku.

sengih tak abis2 nie ......

errrr....esok - 21/05/05,pg mandi-manda kat air terjun kot ..... bestnyerr !!

nota peribadi :
to Azhar,thks for ur treat last Saturday at Legend.fuhh....cunnnnnyaaaaaa !! hahahahaha !!

Thursday, April 07, 2005

hati bukan plastik

* posting ini,aku cut & paste dr posting yg bertajuk lagu Green Day di RJ.yg sehingga kini,blm di luluskan oleh pihak moderator.sajer aku simpan utk simpanan peribadi.
------------------------------------------


bercerita mengenai merampas kebahagiaan sahabat sendiri,aku tersenyum.
tersenyum krn :
1. knp aku layak menerima pertanyaan begitu
2. knp aku ?
3. knp aku ?

andai,suatu hari..sahabat yg telah aku rampas kebahagiaannya itu [kononnya !] dtg kpd aku dan berkata :

'MK,terima kasih krn merampas dia dr aku dahulu krn aku amat2 bahagia dgn pasangan aku skrg'

dan

'MK,aku bersimpati dgn mu..aku tidak sangka dia akan berubah.sabarlah MK...'

hidup ini,tidak dpt di jangka.mungkin hari ini kita berduka,esok lusa kita akan gembira.malah..mungkin suatu hari nanti,kita akan berterima kasih krn seseorang yg telah membuat kita berduka sebenarnya telah membuka jalan kegembiraan utk kita.

hati ini bkn plastik,hati anda juga begitu.hargailah ia selagi ia masih punya rasa.

Wednesday, April 06, 2005

Boulevard Of Broken Dreams

Boulevard Of Broken Dreams

I walk a lonely road
The only one that
I have ever known
Don't know where it goes
But it's home to me and
I walk alone

I walk this empty street
On the Boulevard of Broken Dreams
Where the city sleepsand
I'm the only one and
I walk alone

I walk alone
I walk alone
I walk alone

I walk a...

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'Til then
I walk alone

Ah-ah, Ah-ah,
Ah-ah, Aaah-ah,
Ah-ah, Ah-ah

I'm walking down the line
That divides me somewhere in my mind
On the border line
Of the edge and where
I walk alone

Read between the lines
What's fucked up and everything's alright
Check my vital signs
To know I'm still alive and
I walk alone

I walk alone

I walk alone

I walk alone

I walk a...
-------------------------------------------

it's true that we dont know what we've got until we lose it,but it's also true that we dont know what we've been missing until it arrives.dream what u want to dream;go where u want to go;be what u want to be;because u have only one life and one chance to do all the things you want to do.always put yourself in other's shoes.if u feel that it hurt u,it probably hurts the person too.

but,what we've think...not same like others people think....life is about choice.if we've to let go what we have now......let's it go.....if that is a best way !!

Tuesday, April 05, 2005

luka dan di lukai

hidup aku,masih begini.tiada apa-apa yg istimewa.

last week,blk kpg.pun tiada apa-apa yg istimewa.
masing-masing sibuk krn kenduri kendara.

sudah hampir 2 bln,aku di ganggu.hidup serba tidak kena.mungkin nyawa tinggal di hujung rambut.betapa aku di perlekehkan hanya krn aku seorg wanita;krn aku tinggal seorang.

alkisah,kwn lama..yg pernah sama2 bercinta monyet semasa zaman sekolah.dan kini,dia hampir2 bertunang bersama kwn baik ku sendiri.dan lelaki inilah,yg sering mengacau ketenteraman hidup aku.lantas,ada yg menuding ke arah aku bahawa aku ingin merampas kebahagiaan sahabat baik ini,krn lelaki ini ingin kembali ke pangkuan ku semula.

dlm hal begini,knp harus aku di persalahkan ? knp mesti aku yg bernama perempuan ini memikul beban bahawa aku perampas kebahagiaan kwn baik sendiri ??

walhal,akulah yg menerima tekanan hebat dr lelaki yg sudah 9 thn aku tinggalkan.setiap pg,ketika mahu ke tempat kerja..aku melihat kereta milik lelaki ini menunggu di dpn apartment.malah,pernah suatu hari kereta kakak yg aku tumpang ke office di tahan oleh lelaki ini.mujur aku tiada pd hari itu.

itu blm lg di ganggu melalui sms dan panggilan telefon.tidak kurang juga,beberapa pucuk surat.mmg bukan surat ugutan,tetapi ia tetap mengganggu ketenteraman hidup aku.kerana lelaki ini juga,aku bergaduh bersama guard apartment krn kereta lelaki ini pernah aku lihat di dlm kawasan apartment.

apa lg yg harus aku lakukan ????

slps 9 thn berlalu,slps aku di tinggalkan oleh seorang lelaki..lelaki ini kembali menagih cinta yg bersisa.tp,tiada apa utknya lg.

aku kesal,sungguh kesal..knp ada yg mengatakan aku sanggup merampas kebahagiaan sahabat aku sendiri ??? hampir tiap mlm aku menangis krn perbuatan lelaki ini.sejujurnya,tlh aku khabarkan kpd sahabat ku itu,bahawa tunangnya melayan aku begitu.

jawapannya cukup ringkas ... 'MK,aku sudah tahu dr dulu...aku cuma menunggu respon dr kau shj.andai kau mengasihi aku,kembalikan dia pd aku tp andai kau masih menyintai dia...aku redha'

jawapan ku,sama spt dulu...sama sekali tidak akan menerima lelaki yg pernah aku lepaskan.aku bersumpah,atas maruah aku sendiri..aku tidak akan melukakan hati sahabat,apatah lg sahabat seperti mu,yg aku kenal sepenuh usia ku sendiri.

dulu aku tidak percaya,ada manusia berhati emas di dunia ini..tp,kau membuktikannya pd aku.

sekrg,lelaki itu tidak mengganggu aku lg.setelah beberapa mlm encik2 polis meronda kawasan apartment.cuma yg aku khuatir,bagaimana klu dia menggunakan kereta lain pula ?? hanya Allah shj yg menjamin keselamatan ku,doakan agar ada hayat ku utk esok hari !

sahabat,aku tidak akan memulangkan kembali pengantin mu ... krn,aku tidak pernah memilikinya.cuma,pulangkan semula senyum ku yg pernah dia rampas dr aku dulu !!


Luka Di lukai

Kanan dan kiri,cuba berlari
masihku dihujani tohmah dan
caci jangan sekali,
aku di letak ke bawah
hanya kerana jalan hidup yang susah

Tak siapa di antara,
kita di dunia memilih jalan hidup yang derita
aku sering dipersenda,
dan sering dikecewa
oleh hati mereka yang tak punya rasa

inginku mengecap bahagia
padamu kasih yang menjanjikan setia
namun belum sempat ku merasa
mimpi yang dibina hatiku dah berdarah semula
kerana dustanya

Terhempas lagi,
sekian kali luka yang dilukai,
menguji diri namun begitu, aku tabahkan semangat
biar waktu mengubah segalanya......