Tuesday, September 27, 2005

:: Kehidupan Di Sebalik Tembok' - 1 ::

catatan kedua.
(dr posting di Relexjap)


[Relexjap] Celoteh MK - 'Kehidupan Di Sebalik Tembok' - 1

catatan versi prequel :-
Tuan Haji Ibrahim - siapa dia seblm aku dtg ke JB ? rase2nyer,ader ler jumpa skali dua.tp tak brp ingat.semasa Nashya bgtau yg majlis hari lahir John akan ada di rumah beliau,aku cuak gaks.ok ker dia ? kang tak psl2 dia keluar parang pjg sambut kedtgan aku...mau pitam aku di buatnya.sangkaan aku meleset,Tuan Haji Ibrahim cukup besh.kaya dgn pengalaman dan peramah.semasa di rumah beliau,sempat aku meninjau beberapa brg antik di rumahnya di antaranya mesin taip antik.pehh...cun maut mesin taip tuh,nak jer aku angkut bwk blk umah.

tp,yg paling best...biler Tuan Haji Ibrahim memutar lagu khas utk aku (bkn dia volunteer pun,aku yg mintak sebenarnya! hehehe) dr Gramophone antiknya (thks to Sarah sbb bgtau aku nama menatang nie !).punye tak hengat lagu yg berkumandang.lagu Tamil thn 60an kot.pecah perut ler 1 rumah t'gelak biler lagu khas permintaan aku nie kedgran.sungguh tragis,mennn ! *nasib John menolak utk di dendangkan lagu ini mengiringi tiupan lilin kek hari lahirnya !!

juga,kisah sms yg di hantar oleh awek indon kpd Tuan Haji Ibrahim,kelakor banget ler.sampai 3 sambungan sms,rupa2nya awek indon t'sebut nak pinjam RM2k.yg kelakornyer,isi2 sms yg tak logik...pusing sana,pusing sini...rupa2nya nak pinjam duit !.di lain ketika,Tuan Haji Ibrahim bertanya kpd kami,agak2 knp Daniel MI tak blh nyanyi lagu Melayu - Rahsia.aku,Sarah & Nashya dok b'kerut2 dahi...dok pk psl aper ler ekkk..rupa2nya dia ckp sbb nanti Daniel akan sebut perkataan Rahsia tuh kpd 'Lahsie'.hehehe.

Mak Aji pun blh tahan gaks...bila bertanya kami samada mau top-up juadah dgn perkataan 'ulangkaji' dan bkn 'ulang'.hahaha...kelako btllah.laugh is the best medicine kan ? mmg berbaloi btl xtvt ujung minggu kali ini.ada agenda yg besh2 dan b'jumpe dgn kenalan yg besh2 belaka.biler ek aku nak ke sana lg ??? Goulash masih terasa nie,nyum..nyum.. !


perjalanan 'Kehidupan Di Sebalik Tembok' sebenarnya amat2 menyeronokkan.dlm mencapai impian ini,sebenarnya ada kisah the making of di sebaliknya.sebetulnya,kedatangan aku di JB,tak ubah mcm channel 11 : Discovery Travel & Living.guess what..nie lah 1st time aku ke JB.hahahaha.seblm ini,cuma pernah ke Pasir Gudang atas urusan kj.itupun,sampai tghari blk mlm.

'Slmt Hari Lahir yg ke xx kpd John Norafizan',sambutan majlis yg cukup sederhana tetapi meriah.apatah lg,dgn kedatangan En Jebat & En Salleh dr Singapura.sebetulnya,ini juga kali pertama aku mengunjungi teratak kediaman Tuan Haji Ibrahim atau dgn panggilan manjanya (manja ??? uikkkk !) Ayahanda.frankly,kekok nak panggil 'Ayahanda' sebagai Ayahanda lantaran dah hampir 17thn perkataan tuh tak terzahir di bibir.but,its ok.

ucapan terima kasih kpd Tuan Haji Ibrahim yg mmg sporting maut serta Mak Aji yg menyediakan juadah yg sedap2 belaka & luar biasa.Selain En Jebat & En Salleh,En Polis Pencen dan famili juga joint the club.tak ketinggalan,teman John Norafizan - En Sunny.guys....u're hot and very the
shringgggg..shringggggg..

di bwh aku sertakan sejarah Penjara Johor Bahru (yg aku dpt semasa buat lawatan di sana).

Penjara Johor Bahru terletak di atas sebidang tanah seluas 4.5 ekar yg dilingkungi oleh 3 btg jlnraya iaitu Jalan Ayer Molek,Jalan Gertak Merah dan Jalan Khalid Abdullah.Kawasan perumahan kakitangan pula mengelilingi 2/3 drpd keseluruhan penjara dgn keluasan 9.4 ekar.

Perjanjian membina kota penjara di buat pd tanggal 16 April 1882 yg mana keluasan penjara pd masa itu adalah seluas 400 x 400 kaki dgn harga RM 30,000.00 yg di bina oleh kontraktor bernama Wong Ah Fook.Rekabentuk bangunan asal adalah ilham Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim yg tlh melawat penjara-penjara di Shanghai,China dan Osaka,Jepun ketika itu utk melihat keadaan fizikal serta rekabentuk penjara-penjara yg t'dpt di sana.Kota penjara di bina utk menahan org-org yg menentang penjajah dan penjenayah di Negeri Johor dgn kapasiti 200 org pesalah shj.

Pd asalnya,t'dpt hanya 2 buah bangunan penempatan banduan,2 bengkel latihan,dapor memasak,bangunan tandas,rumah sakit dan pejabat pentadbiran.peredaran masa dan keperluan bg menampung kapasiti banduan yg kian meningkat,beberapa bangunan tlh di bina dan di ubahsuai dgn 10 buah blok penempatan,5 buah bengkel vokasional,tmpt lawatan keluarga,pejabat kaunseling,pejabat pegawai kebajikan,surau dan kemudahan lain yg mampu menampung1500 org banduan.keluasan kawasan bertembok ialah 160,000 kaki persegi dgn ketinggian tembok setinggi 20 kaki.

Telah di buka dgn rasminya oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim dan mula beroperasi dlm tahun 1883.

penjara ini berusia 122 thn.cuba u all baygkan,keadaan fizikalnya.agak seram dan muram.tp,tidak seseram Penjara Pudu dululah (ini pendapat aku jer).dan aku dpt merasakan,kehidupan di dlm penjara bkn indah but at least..bkn sebebas di luar.dgn keadaan yg serba kekurangan,tiada tilam empuk,tandas berbilik dan jauh sekali lantai berjubin.klu penjara di touch-up lawa2,aku pun nak masuk penjara ! hahahaha

esok,akan aku tuliskan pengalaman aku memasuki penjara ini.bermula dgn cerita yg sedikit kelakar (blh tahan lawak gaks abg2 polis JB nie ! hehehe ) dan kemudian dgn pengalaman yg mampu membuat jantung berdebar,kaki menggeletar,jeritan suspen,bulu roma meremang dan yg paling penting..rasa insaf yg amat2 banget.cehhhh...aku nie mcm kj kat Jabatan Penjara Malaysia ler plak !


nota editor blog MK :-

terima kasih pd yg sudi singgah,beri komen dan chat di tag board.blh tahan kecoh gaks warga RJ nie yerrr.juga,bonus menanti pd siapa yg melawati blog MK..ada extended version dan/atau prequel of 'Kehidupan Di Sebalik Tembok' yg anda tidak boleh temui di posting RJ.edisi terbaru menanti anda di www.ccmk.blogspot.com ialah berkisar tentang Tuan Haji Ibrahim dr kacamata aku (well,aku tak pakai kacamata pun sebenarnye !! hehehehe )

No comments: